MASALAH kegemukan atau obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana disifatkan sebagai ‘virus’ yang semakin menular dalam masyarakat, sementelah pula ia boleh mengundang pelbagai penyakit, sekali gus memberi tekanan emosi dan menimbulkan kegelisahan.
Kanak-kanak bersaiz badan ‘besar’ ketika kecil dikatakan comel dan montel, tetapi hakikatnya apabila mereka meningkat usia dan tidak diberi
... pemantauan daripada aspek pemakanan akan menjadikan ia diselubungi penyakit.
Fakta berkenaan wujud kebenarannya apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa seramai 16.2 juta atau 60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah kegemukan seawal usia kanak-kanak.
Persoalan berkaitan obesiti bukan saja membimbangkan remaja, malah orang dewasa turut berdepan nasib sama.
Ia tidak seharusnya diambil mudah, sebaliknya perlu diatasi dengan cara terbaik.

No comments:
Post a Comment